My Pictures

Sunday, February 21, 2010

Percutian Ke Perak

Pada hujung bulan January yang lepas, aku sempat meruangkan masa bersama family bercuti ke negeri Perak. Walaupun dalam keadaan sakit gigi, aku menggagahkan diri untuk pergi demi tidak menghampakan perasaan isteri dan anak aku.

Pada hari Sabtu 30 Januari 2010, aku bangun tidur awal tapi tidur balik sebab sakit gigi tetapi bangun semula pukul 9.00 pagi. Ingatkan dah tak jadi pergi tetapi sakit gigi hilang sedikit. Aku pun suruh la isteri dan anak aku siap.

Tepat je pukul 11.00 pagi, kami pun bertolak. Singgah sebentar di pekan Penaga untuk beli pelampung kat anak aku. Tup tup, tak ada pula. Tak apalah, nak buat macam mana. Kami pun meneruskan perjalanan sehingga ke Caltex R&R Bukit Gantang untuk isi minyak. Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Lost World of Tambun.

Kami tiba di Lost World of Tambun jam 1.20 tengahari. Nak masuk dalam tu pula kena bayaran RM30 seorang untuk dewasa. Nasib baik anak aku tak kena. Bila dah masuk, sebelum salin pakaian, kami cari dulu Locker untuk simpan bag dan barang yang penting. Selepas itu, baru kami mandi.

Tepat jam 6.30 petang kami pun keluar dari Lost World terus ke rumah pakcik di Ipoh.
Selepas bermalam di sana, keesokan hari kami bertolak pulang dari rumah pakcik jam 1.00 petang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah sebentar di Zoo Taiping.

Sampai di Zoo Taiping jam 3.45 petang. Masuk dalam Zoo pula jam 4.00 petang. Kat dalam, anak aku Faiz punya la seronok nak keretapi. Jam 5.00 petang pula kami keluar dan bertolak pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar untuk beli barang keperluan di Carrefour Seberang Jaya. Selepas membeli barang keperluan, kami pun pulang ke rumah di Kuala Muda, Penaga pada jam 10.00 malam.

Sekian saja nukilan perjalanan ke Perak.



Friday, January 8, 2010

PERINGATAN UNTUK WANITA

(Diambil dari sabda2 Rasulullah s. a. w.)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r. a. berkata : "Saya pernah bertanyakan Rasulullah s. a. w. tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s. a. w. : "Suaminya". Bertanya pula Aisyah : "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah s. a. w. : "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata : Telah datang seorang kepada Rasulullah S. A. W. lalu bertanya : "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda : "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar malainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah s. a. w. bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang berpakaian telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang alim jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

Tuesday, January 5, 2010

Liga M: Kedah Laung Kebangkitan



Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


KEDAH tekad mengembalikan semula kegemilangan yang pernah dikecapi mereka bagi menghadapi musim baru 2010 yang akan membuka tirainya Sabtu ini.

Skuad Hijau Kuning itu yang bakal tampil dengan kelibat empat pemain baru menanam impian untuk menjulang satu piala atau sekurang-kurang berada di tangga ketiga Liga Super musim ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berharap pegawai serta pemain dapat membuktikan cita-cita itu menerusi komitmen, semangat dan daya juang yang tinggi.

"Kegagalan lepas perlu ditinggalkan kerana ia sudah berlalu dan jadikan ia sebagai iktibar untuk bangkit mencipta kejayaan," katanya pada majlis memperkenalkan pemain serta menandatangani tajaan jersi serta peralatan sukan oleh Lotto di kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon, Alor Setar semalam.

Tajaan selama setahun bernilai RM150,000 itu melibatkan dua pasukan iaitu skuad Liga Super dan Piala Presiden Kedah.

Hadir sama syarikat yang bertanggungjawab memasarkan barangan Lotto, Star 360 Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarahnya, Udo Eimer.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Empat pemain baru Kedah musim ini ialah Azmi Muslim dan Zambri Chin dari MyTeam serta Azlan Ismail (Terengganu) dan Shahril Faizal Sarifuddin (Proton FC).

Dalam pada itu, Hamdan memberitahu, bas bernilai RM400,000 yang akan digunakan skuad Kedah mempunyai 30 tempat duduk.

"Bas itu yang turut mempunyai sudut kopi dan ruang karaoke kini dalam proses akhir dan dijadual boleh digunakan tidak lama lagi.

"Bas itu yang bakal menjadi jenama baru KFA turut dibuka untuk disewa oleh persatuan-persatuan sukan lain di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang sudah bersedia menjelang sepak mula menentang Johor di Stadium Larkin Sabtu ini mahu memulakan langkah pertama dengan kemenangan.

Katanya, biarpun ada beberapa pemain termasuk Mat Sabree Abu yang cedera, namun pemain lain mampu menggalas tanggungjawab itu untuk mencari kemenangan pertama Kedah.

"Kombinasi di kalangan pemain semakin mantap dan Kedah sudah bersedia bersaing dalam musim baru ini," katanya.

KATA-KATA HIKMAH

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - HR Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya- HR Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Saidina Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-HR Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan- HR Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)- HR Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- HR Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar- HR Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali- HR Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - HR Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) - HR Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH SWT
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - HR Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - HR Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - HR Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - HR Bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selep as solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - HR Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - HR Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - HR Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - HR Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah- HR Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH SWT sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Monday, January 4, 2010

Liverpool Batal Niat Beli Van Nistelrooy



LONDON - Rafael Benitez terpaksa membatalkan hajatnya untuk membawa Ruud van Nistelrooy (gambar) selepas mengambil kira rekod kecederaan yang dialami penyerang Real Madrid itu.

Pengurus Liverpool itu terdesak untuk membawa pemain baru, namun dia perlu menjual beberapa pemainnya seperti Andriy Voronin, Andrea Dossena atau Ryan Babel.

Dia juga berdepan risiko apabila meminta harga sehingga £12 juta (RM66 juta) ke atas Babel dan £5 juta (RM28 juta) bagi Voronin yang dibelinya secara percuma dua tahun lalu.

Benitez sedar dia harus mengurangkan harga tersebut sekiranya mahu meneruskan rancangannya untuk membawa pemain sayap Atletico Madrid, Maxi Rodriguez dan seorang pemain penyerang.

Dalam pada itu, van Nistelrooy mungkin akan mempertimbangkan tawaran daripada Blackburn Rovers, Birmingham City dan Bolton Wanderers untuk mencerahkan semula kariernya.

Dia kini terdesak kembali semula ke Liga Perdana England kerana mahu dipilih dalam skuad Belanda pada kempen Piala Dunia 2010.

Van Nistelrooy tidak memiliki peluang itu sekiranya dia kekal di Real yang mana dia menjadi pilihan kelima. - Agensi

Liverpool Nasib Baik

READING: Rafael Benitez masih menjadikan Piala FA sebagai gelaran utama yang mahu diraih selepas menyaksikan skuadnya bernasib baik mencatat keputusan seri 1-1 menentang Reading di gelanggang lawan.


Rembatan jarak jauh Steven Gerrard menghadiahkan gol penyamaan Liverpool di Stadium Madjeski, awal pagi semalam untuk memastikan perlawanan ulangan berlangsung di Anfield pada 12 Januari ini.

Benitez mengakui pasukannya perlu meningkatkan permainan jika mahu menang perlawanan kedua itu.

“Saya lega,” kata pengurus yang kini berdepan tekanan hebat. “Saya fikir perlawanan itu memang sukar.

“Reading bermain amat baik. Untuk beraksi di depan TV (kamera) menentang Liverpool adalah sesuatu yang hebat dan anda boleh lihat mereka bermain dengan sangat baik,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

“Anda boleh lihat kami berusaha melakukan yang terbaik dengan menurunkan barisan utama dan pada pertemuan sekali lagi dalam perlawanan ulangan di Anfield.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang untuk mencatat kemenangan, sama seperti mereka.

“Tahniah kepada mereka dan kami masih berpeluang merebut kejuaraan.”
Benitez mempertaruhkan Gerrard dan Fernando Torres dalam kesebelasan utama sama dengan Liga Europa yang menjadi tumpuan utama Liverpool ketika ini, walaupun pengurus itu sedar perlawanan ulangan membebankan Liverpool yang berhasrat menamatkan saingan liga dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kami tahu kami berpeluang merangkul dua trofi - Liga Europa dan Piala FA - jadi kami cuba melakukan yang terbaik dalam dua kejuaraan itu sambil mempamerkan peningkatan dalam liga,” kata Benitez di mana pasukannya kini ketinggalan empat mata di belakang kelompok empat pendahulu Liga Perdana Inggeris.

“Saya kecewa dengan keputusan ini kerana kami tidak mahu bermain banyak perlawanan. Tapi ia perlawanan yang sukar, jadi kami perlu bekerja keras.”

Benitez mengakui beliau mencari pemain untuk memperkuatkan skuadnya ketika musim perpindahan bulan ini namun enggan dikaitkan dengan perpindahan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy.

“Kami tidak bercakap mengenai pemain tapi saya ingin katakan ini suatu perkara yang susah,” katanya.

Beliau juga enggan memperkatakan keinginan Liverpool mendapatkan penyerang Aston Villa, Emile Heskey. - AFP

Saturday, January 2, 2010

Puisi Islam

Keagungan Ilahi
(Al Muktashim)

Ratu malam sang rembulan
Raja siang sang matahari
Keduanya selalu bertentangan,

Tarik menarik
Dorong mendorong
Saling menguasai,
Seolah selalu bertanding tiada henti

Tiada yang kalah
Tak ada yang menag,
Karena dengan kedua sifat yang bertentangan ini
Seluruh alam semesta bergerak!

Dunia berputar,
Saling mengisi,
Yang satu melengkapi yang lain
Tanpa yang satu
Takkan ada yang lain,

Siang dan malam
Terang dan gelap
BAik dan jahat
Tanpa yang satu,
Apakah yang lain itu akan ada?
Tanpa adanya gelap,
Dapatkah kita mengenal terang?

Inilah sebuah kenyataan
Yang telah dikenhendaki Allah
Tanpa kehendaknya, takkan terjadi apa-apa
http://fraziff.blogspot.com/ © 2010. Design by :FR