My Pictures

Monday, January 4, 2010

Liverpool Nasib Baik

READING: Rafael Benitez masih menjadikan Piala FA sebagai gelaran utama yang mahu diraih selepas menyaksikan skuadnya bernasib baik mencatat keputusan seri 1-1 menentang Reading di gelanggang lawan.


Rembatan jarak jauh Steven Gerrard menghadiahkan gol penyamaan Liverpool di Stadium Madjeski, awal pagi semalam untuk memastikan perlawanan ulangan berlangsung di Anfield pada 12 Januari ini.

Benitez mengakui pasukannya perlu meningkatkan permainan jika mahu menang perlawanan kedua itu.

“Saya lega,” kata pengurus yang kini berdepan tekanan hebat. “Saya fikir perlawanan itu memang sukar.

“Reading bermain amat baik. Untuk beraksi di depan TV (kamera) menentang Liverpool adalah sesuatu yang hebat dan anda boleh lihat mereka bermain dengan sangat baik,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

“Anda boleh lihat kami berusaha melakukan yang terbaik dengan menurunkan barisan utama dan pada pertemuan sekali lagi dalam perlawanan ulangan di Anfield.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang untuk mencatat kemenangan, sama seperti mereka.

“Tahniah kepada mereka dan kami masih berpeluang merebut kejuaraan.”
Benitez mempertaruhkan Gerrard dan Fernando Torres dalam kesebelasan utama sama dengan Liga Europa yang menjadi tumpuan utama Liverpool ketika ini, walaupun pengurus itu sedar perlawanan ulangan membebankan Liverpool yang berhasrat menamatkan saingan liga dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kami tahu kami berpeluang merangkul dua trofi - Liga Europa dan Piala FA - jadi kami cuba melakukan yang terbaik dalam dua kejuaraan itu sambil mempamerkan peningkatan dalam liga,” kata Benitez di mana pasukannya kini ketinggalan empat mata di belakang kelompok empat pendahulu Liga Perdana Inggeris.

“Saya kecewa dengan keputusan ini kerana kami tidak mahu bermain banyak perlawanan. Tapi ia perlawanan yang sukar, jadi kami perlu bekerja keras.”

Benitez mengakui beliau mencari pemain untuk memperkuatkan skuadnya ketika musim perpindahan bulan ini namun enggan dikaitkan dengan perpindahan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy.

“Kami tidak bercakap mengenai pemain tapi saya ingin katakan ini suatu perkara yang susah,” katanya.

Beliau juga enggan memperkatakan keinginan Liverpool mendapatkan penyerang Aston Villa, Emile Heskey. - AFP

0 comments:

Post a Comment

http://fraziff.blogspot.com/ © 2010. Design by :FR